Wednesday, June 12, 2013

semoga roh arwah dicucuri rahmat.

assalamualaikum.
tak lama lagi kita dah nak berpuasa.
lepas tu kita raya.
bermakna genap setahun pemergian Arwah Datuk ku.
nama dia Abdul Rahman bin Lebai Musa.
semoga dia dicucuri rahmat dari-Nya.

17-8-2013
lebih kurang pukul 10 mlm aku sekeluarga smpi ke kampung di Felda Sungai Koyan, Pahang.
lebih kurang 3 jam dari Kajang.
sampai jew ke kampung, nenek ckp arwah masuk hospital lepas mengadu sakit perut dah
2/3 hari.
lepas jew dengar berita tu, kami pn siap2 nk pergi tngok arwah.
masa tu aku, mak, abah, nenek n mak suk pergi naik kereta ke Hospital Kuala Lipis.
smpi jew di Hospital, kitorng tnggu dokter bagi maklumat lanjut tentang kesihatan arwah.
dah tunggu lebih kurang 3 jam.
lebih kurang pukul 2 pagi 18-8-2013.
dokter keluar dan memaklumkan yg arwah sakit teruk dan perlu berpindah ke Hospital Pakar di Kuantan.
tanpa melengahkan masa, pak su yg dah memang menemani arwah ketika itu terus setuju untuk memindahkan arwah.
aku menemani arwah di dalam ambulance dan pak su follow belakang menggunakan kereta.
masa dalm ambulance, arwah meraung kesakitan, aku tak mampu buat apa2. aku hanya mampu menenangkan dia.
dia hampir tidak sedarkan diri.
dia hanya menyedari aku dalam ambulance selepas aku aku berkata begini ''tok wan, ni angah tok wan, tok wan sabar sikit k? dah nk smpi hospital kuantan. ''
dia hnya mampu membalas dengan berkata '' ohh, dokter ini cucu saya, angah ada kat sini rupanya. ''
lepas tu dia hanya mampu meraung kesakitan.
aku risau dan hancur hati melihat keadaan arwah ketika itu.
sesampainya kami di Hospital Kuantan pada pukul 6 pagi,
arwah hanya separuh sedar.
selepas pak su menanda tangan segala surat dan dokument,
kami hanya mampu melihat arwah dari luar, kerana dokter sedang melakukan rawatan.
jadi pak su pn memutuskan untuk cari hotel untuk kami berehat.
setelah hampir 1 jam mencari kami jumpa 1 hotel, dkt dngn Hospital.
kami merancang untuk berehat sebentar sementara menunggu mak dan family yg lain smpi.
entah mcm mana, kami tertidur.
mungkin sbb terlalu penat.
kami tertidur sehingga semua ahli keluarga dan polis mencari kami kerana tidak dpt menghubungi kami.
4 petang kami tersedar dan terus pergi ke Hospital.
keadaan arwah semakin kritikal.
dokter hanya mampu ckp ''kita hanya boleh berdoa yg terbaik untuk dia. semua ketentuan Allah''
hati kami hancur. menitik air mata. aku pegang tangan mak sekuat hati.
pak su ckp dia nk balik kampung, nk ambik barang untuk anak dia n nk mandi2 dulu.
aku teman pak su. kesian dia.
kami smpi kampung pukul 7.
mandi2 jap. aku sempat masak maggi sbb perut lapar sngat.
belum smpt aku habis kn maggi, pak su dpt call dari mak.
mak ckp ''tok wan dah x de. ''
tersujud pak su. aku terus pergi memeluk dan menenangkn pak su.
air mata menitik. kitorng x smpt berada disisi dia masa dia nk pergi.
Ya Allah, sedih n sayu rasa hati.
pak su menitik air mata smbil ckp kat aku ''ngah, esk raya ngah. esk raya.''
aku hanya mampu menitik air mata sambil terdiam.

orang lain bermain mercun nak sambut raya,
kami sekeluarga dia pagi raya x smpt pn nk smbhyg raya.
aku sedih. sngat sedih.
aku dah x snggup nk cerita smpi habis.
menitik air mata mengenangkan dia.
Al-Fatihah.
semoga roh Arwah dicucuri rahmat.

No comments:

Post a Comment